loading...

Tun M Pemimpin ‘Super Ego’

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang mempunyai ‘super ego’ yang terlalu besar.

 

Najib berkata demikian menerusi rancangan program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang disiarkan di siaran tv berbayar, kira-kira sejam lalu.

 

“Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya,” katanya pada

 

Najib yang juga Presiden UMNO berkata segala usaha Dr Mahathir untuk menjatuhkan beliau menerusi Deklarasi Mahathir tidak berhasil kerana menyifatkan ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sekali gus menerima penolakan daripada Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bulan lalu.

 

Sehubungan itu, Najib berkata Dr Mahathir tidak mempunyai pilihan selain daripada menyerangnya kerana beranggapan untuk menumbangkan UMNO, presiden parti perlu ditumbangkan terlebih dahulu.

 

 

“Waktu Dr Mahathir jadi Presiden UMNO, orang yang sama duduk keliling dia hari ini mengata dia lagi teruk sebenarnya. Kalau kita tengok balik ‘tape-tape’, video lama mereka mengutuk Dr Mahathir lagi dahsyat.

 

 

“Ini proses politik, mainan politik. Jadi sekarang ini dia tak berjaya dia akan jadi lebih agresif lagilah dengan kata-kata dan sebagainya,” kata Najib.

 

 

Berkongsi rahsianya menghadapi pelbagai kecaman dengan tenang, Najib berkata kini beliau faham kaedah dan mesej seperti (yang digunakan Dr Mahathir).

 
Selain itu, Najib berkata sokongan padu daripada anggota parti selain Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) juga merupakan antara faktor beliau terus bertahan.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...