loading...

Cadangan 30 Peratus Calon Muda PRU-14 – Puteri UMNO

KUALA LUMPUR  – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memberi cadangan kepada UMNO agar memberi lebih banyak peluang kepada orang muda  dalam pilihan Raya Umum akan ke 14 (PRU14).

 

Menurut beliau, peruntukan sebanyak 30 peratus calon orang muda  PRU-14 perlu diberikan bagi menghadapi PRU akan datang.

 

Tambah beliau lagi, cadangan tersebut akan diperjuangkan bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

 

 

Menurutnya, tindakan ini penting untuk meremajakan imej parti demi menyampai mesej yang lebih jelas kepada golongan muda.

 
“Kita bukan sahaja akan dapat meremajakan imej parti, tetapi dalam masa yang sama kita dapat menghantar isyarat jelas bahawa kita memahami dan berada selari dengan kehendak dan aspirasi golongan muda,” katanya ketika ucapan dasar dalam perhimpunan agung pergerakan berkenaan di sini hari ini.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...