loading...

Video : Kos Sara Hidup Dibahas Di PAU 2016

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Berkata, kerajaan mengambil berat tiga perkara dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung sayap UMNO hari ini.

 

Beliau berkata, isu yang menyentuh persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah mengenai masalah kos sara hidup serta kenaikan mendadak harga rumah disebabkan peningkatan kos bahan mentahnya.

 

“Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan di dalam dewan hari ini bagi tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Antaranya isu kesiap siagaan jentera, kos sara hidup dan perumahan,”katanya.

 

Katanya, perkara itu sememangnya menjadi keutamaan kerajaan pada masa ini ini kerana ia dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan mencabar.

 

Bagaimanapun beliau, memuji ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang terus membawa isu ini ke peringkat tertinggi,

 

“Saya ingin menyatakan bahawa kepedulian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap usaha mengatasi masalah ini harusnya berfokus kepada kumpulan sasaran.” katanya pada sidang media selepas selesai meninjau perjalanan perhimpunan tiga sayap itu di tiga dewan berasingan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

 

Semalam, dalam taklimatnya, beliau berkata, Konsep perkongsian kuasa dengan masyarakat bukan Melayu yang diamalkan sejak dahulu akan terus dipertahankan selari dengan semangat 1Malaysia.

 

Katanya, Umno sebagai parti yang menunjangi Barisan Nasional (BN), Umno akan terus memayungi kaum bukan Melayu berdasarkan prinsip ‘sebumbung senegara’.-SuaraTV

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...