KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sentiasa mengingatkan jenteranya supaya tidak memandang ringan cabaran daripada mana-mana parti.
Khairy berkata, jenteranya juga perlu berwaspada dengan parti-parti lain dalam menghadapi kemaraan jentera pemuda mereka termasuklah parti baharu yang ditubuhkan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Katanya, beliau yakin dengan jentera pemuda di bawah UMNO tetap mampu meraih sokongan majoriti daripada pengundi Melayu pada pilihan raya nanti.
“Mana-mana program kita berjalan di peringkat akar umbi supaya dapat menarik perhatian orang muda. Sebab itu banyak saya sentuh tadi berkaitan dengan pencapaian pemuda untuk memberi harapan kepada
“Jadi walaupun kita tidak pandang ringan cabaran yang datang daripada parti-parti baharu ini saya yakin inshaAllah kita masih lagi mampu untuk mendapat sokongan majoriti daripada pengundi-pengundi Melayu ini,”katanya ketika di temui pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2016 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Terdahulu, Khairy dalam ucapan dasarnya mengingatkan Pemuda bahawa perjuangan tidak boleh bersifat satu dimensi sahaja, sebaliknya membawa identiti baharu dalam memperkenalkan Qiyadah Fikriyah atau kepimpinan berfikir (thought leadership).
Bahkan, jentera parti itu perlu mencambahkan idea dan penyelesaian untuk golongan muda supaya mereka terus yakin bahawa mereka boleh menyandarkan harapan kepada Pemuda UMNO.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Akmal Saleh Persoal Dbkl Isu Penjual Belon Di Jala ...

Anggota Tentera Meninggal Dunia, Atm Beri Jaminan ...

Pernah Dituduh Tak Puasa, Tony Eusoff Dipaksa Tunj ...

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaj ...