KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew pernah memberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menumbuk penyerangnya sehingga lembik untuk menyingkirkan musuh politiknya.
Najib berkata, Kuan Yew juga menyifatkan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 itu umpama peninju ‘heavyweight’ yang tidak akan berhenti menyerang musuhnya selagi misinya tidak tercapai.
“Saya andaikan bahawa itu adalah sebahagian daripada sikap sebenar beliau. Melainkan beliau memiliki kekuasaan sepenuhnya, kita boleh jangkakan yang beliau tidak akan berhenti menyerang, dan nalisis Lee Kuan Yew terhadapnya adalah yang paling tepat,” kata Najib menerusi temubualnya bersama The Star.
Katanya, perbezaan pentadbirannya dengan Dr Mahathir apabila beliau mempunyai hubungan terus dengan pemimpin UMNO di peringkat bahagian menjadikan hubungan peringkat pusat dengan akar umbi lebih erat.
“Dr Mahathir bergerak secara basisnya menerusi menteri-menteri besar dan ketua menteri yang merupakan ketua-ketua badan perhubungan Umno negeri yang kemudiannya mempunyai pengaruh ke atas ketua-ketua bahagian.”
“Sebaik sahaja seorang menteri besar itu tidak lagi berkuasa, beliau (Dr Mahathir) tidak mempunyai hubungan dengan ketua-ketua bahagian ini lagi malah beliau tidak mengenali sebahagian besar daripada kepimpinan bahagian. Anda akan terkejut jika saya katanya nama-nama ketua bahagian pun beliau tidak tahu..,” ujarnya.
Tambah Najib, membesar bersama pemimpin di peringkat bahagian lebih 40 tahun, hubungan terus dari peringkat akar umbi.
“Saya membesar di dalam politik bersama-sama mereka sejak 40 tahun yang lalu. Saya adalah sebahagian daripada mereka dan mereka melihat saya bukan sahaja sebagai ketua tetapi sebagai sahabat dalam politik,” katanya yang mengakui berpolitik sejak berusia 23 tahun yang telah memberikan kelebihan pergaulan lebih daripada dua generasi kepimpinan parti.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW