loading...

Video: Ayah Tampar Harimau Sampai Terpelanting – Rani Kulup

Sebelum ini isu Raja Bomoh menampar buaya menjadi viral di laman sosial, kini tiba pula giliran Rani kulup menampar ‘binatan ganas’ pula.

 

Menurut Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu, beliau pernah menampar harimau di dalam hutan sehingga menyebabkan taring harimau tersebut patah dan terpelanting.

 

“Dulu masa dalam hutan, ayah pernah tampar tu terpelanting, harimau itu terpatah taring, tangan inilah dulu,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016.

 

Ekoran daripada insiden ‘tamparan’ tersebut, beliau mendakwa harimau tersebut sudah menjadi kawannya.

 

“Sekarang harimau ini dah jadi kawan dah, harimau pun ayah boleh jinakkan,” ujarnya.

 

Rani yang membuka nostalgia ini kepada wartawan SuaraTV setelah beliau ditanya mengenai insiden tangan beliau yang tercedera ketika bermain boling sehingga lukanya mendapat 13 jahitan.-SuaraTV

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...