Masih terkesan dengan kejadian keguguran sebelum ini, penyanyi Nubhan menjelaskan bahawa dia kini tidak mahu terlalu teruja mengenai kehamilan isterinya Afifah Hidayah, yang kini sudah mengandung tiga bulan.
BACA: Isteri Nubhan AF Sah Hamil Anak Pertama
“Alhamdulillah, kandungan sudah pun berusia tiga bulan dan sihat, masa menerima berita ini saya tidak mahu terlalu teruja, bukan apa, rasa bimbang terjadi perkara yang sama. Saya buat biasa-biasa sahaja dan tidak umumkan perkara itu di laman sosial sehinggalah kandungan itu berusia tiga bulan dan kuat sedikit”
“Setiap apa yang dia lakukan saya rasa takut, sehingga dia juga rimas kerana saya sering bertanya okey ke tak Maklumlah, kejadian keguguran lalu itu membuatkan saya trauma, terlalu bimbang dan takut dengan apa yang dia lakukan boleh menjejaskan kandungan,” jelasnya kepada mStar Online.
Kejadian yang menimpa isterinya pada Januari lalu ternyata memberi kesan kepada pasangan yang selamat diijabkabul pada 29 Ogos 2015 di Seremban, Negeri Sembilan. Apa pun, semoga perancangan pasangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW