KUALA LUMPUR – Isteri kepada Syed Redzuan Syed Salim Shatri hari ini mengesahkan jasad suaminya ditemui di Yakhar Glacier, Gunung Damavand selepas enam hari dilaporkan hilang.
Memetik laporan Bernama, Yszahanim Yusoff berkata kerjasama Kedutaan Malaysia di Iran akan membawa jenazah pulang ke Malaysia secepat mungkin.
Sementara itu misi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan untuk mencari seorang lagi pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang iaitu Ramli Abdul Majid.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW