KUALA LUMPUR – Konsep perkongsian kuasa dengan masyarakat bukan Melayu yang diamalkan sejak dahulu akan terus dipertahankan selari dengan semangat 1Malaysia, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tegas beliau, sebagai parti yang menunjangi Barisan Nasional (BN), Umno akan terus memayungi kaum bukan Melayu berdasarkan prinsip ‘sebumbung senegara’.
“Umno bukan rasis. Sesungguhnya, Umno bukan hanya untuk orang Melayu dan Bumiputera sahaja.
“Umno juga memperjuangkan hak semua bangsa dan kaum walaupun fakta membuktikan Umno dan BN ditolak oleh rakyat bandar yang majoritinya bukan Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan
Selain itu Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyeru komponen BN supaya bekerja keras bersama-sama Umno untuk mempertahankan kedaulatan negara.
“Saya berharap kedudukan Umno sebagai parti politik tulang belakang BN tidak dipandang serong oleh rakan-rakan kita. Kita berprinsip untuk mengamalkan perkongsian kuasa.
“Kepada rakan-rakan komponen BN yang lain, ayuh, kita sama-sama berganding bahu, serta perkuatkan kekuda perjuangan bagi membolehkan kita melawan sesiapa sahaja yang cuba meruntuhkan kerajaan kita pada hari ini,” katanya. – mstar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Pemergian Ibu, Kehilangan Besar Scha Al Yahya S ...

Budak 12 Tahun Hancur Tangan Kiri Akibat Letupan M ...

#hiburan: Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terha ...

Tiga Beranak Antara Lima Maut Nahas Babitkan 4 Ken ...