KUALA LUMPUR – Penulis buku politik, Syed Hussein Al-Attas menyifatkan buku yang ditulisnya mengenai Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keperluan kalau masyarakat yang perlu tahu mengenai dosa-dosa mereka.
Beliau yang menulis buku politik sejak tahun 1972 merasakan penghasilan buku ‘Dosa-Dosa Mahathir’ dan ‘Muhyiddin Yassin Petualang’ ini merupakan satu keperluan kepada masyarakat.
Menurut beliau, sebagai penulis, beliau perlu menulis perihal perkara sebenar yang melanda politik di negara ini khususnya yang melibatkan pucuk pimpinan Parti Bersatu itu.
“Kenapa saya tidak tulis buku tentang jasa-jasa Mahathir, selama 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, lebih kurang 30 hingga 40 buah buku semua cerita tentang jasa-jasa dia.
“Kita sebagai penulis, kalau warna itu hitam, kita tidak boleh cakap ia warna biru atau hijau, kalau merah kita kata merah,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tadi.
Tambah beliau lagi, penulisan buku bukan hanya kontroversi, namun ia juga merupakan insiden yang benar-benar berlaku kerana beliau telah lama mengenali dua pemimpin ini.
“Saya kenal mereka berdua ini sangat lama, kalau saya salah mereka boleh saman saya.
“Buku saya memang kontroversi, kalau tak saya tak nak tulis,”ujarnya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW