loading...

Terengganu Di Ambang Banjir

KUALA TERENGGANU – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini hampir di seluruh negeri menyebabkan banyak laluan dan kawasan penempatan mulai digenangi air.

 

 

Kebanyakannya berpunca daripada masalah saliran namun sehingga tengah hari ini belum ada jalan ditutup dan mangsa dipindahkan akibat banjir kilat.

 

 

Gambar-gambar mengalami keadaan itu di sektiar daerah ini mulai viral dalam media sosial yang mebawa kembimbangan kepada orang ramai untuk bergerak kelaur atau datang ke negeri ini.

 

 

Sehubungan itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu meminta orang ramai tidak cemas kerana banjir belum melanda namun mengingatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya arahan dan makluman dikeluarkan pihak berkuasa.

 

 

Pengarahnya, Left. Kol. (PA) Che Adam A Rahman berkata, keadaan itu berlaku berikutan masalah perparitan di kawasan terbabit.

 

“Kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meninjau sistem perparitan di kawasan bermasalah untuk ditangani.

 

 
“APM juga turut membuat rondaan di kawasan dilaporkan berlaku limpahan air terutama di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus dan Marang bagi memastikan bantuan dapat diberi segera sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya.-Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...