loading...

Sindiket Bayi, Kru Al Jazeera Dipanggil Polis

PUTRAJAYA – Polis dilaporkan sudah memanggil kru produksi stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera yang terbabit dengan penerbitan dokumentari berkaitan sindiket penjualan bayi di negara ini.

 

 

Ia bagi mengesahkan dakwaan sepertimana yang dilaporkan agensi media antarabangsa itu.

 

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dipetik sebagai berkata, pada masa sama rundingan bersama Kementerian Luar akan turut dilaksanakan untuk tindakan selanjutnya kerana ia membabitkan media luar.

 

 

Katanya, siasatan lanjut di peringkat lain termasuk semua kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang dijalankan.

 

 

“Kita juga perlukan maklumat lanjut sama ada bayi berkenaan benar-benar dijadikan anak angkat, atau untuk tujuan lain seperti jenayah seksual, buruh atau penjualan organ.

 

 

“Apa yang boleh saya katakan adalah, apa yang dilaporkan bukan mencerminkan keadaan sebenar di Malaysia, seolah-olah menggambarkan mudah sangat untuk jual bayi di negara ini.

 

 

“Ia tidak berleluasa di negara ini, memang ada berlaku tetapi tiga tahun dulu, malah tangkapan juga sudah dibuat, dan bayi yang terbabit juga sudah diselamatkan.

 

 

“Polis juga menubuhkan unit khas untuk siasatan lanjut berhubung isu itu,” katanya pada sidang media mengulas laporan berdurasi 25 minit bertajuk ‘Malaysia: Bayi Untuk Dijual-101 Timur’ yang disiarkan oleh Al-Jazeera baru-baru ini.

 

 

Sebelum ini, media luar negara, Al-Jazeera melaporkan satu video mengenai penjualan bayi yang dikeluarkan pada penghujung November 2016 lalu menjadi viral melalui media sosial.

 

 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan sebelum ini memandang serius laporan Al Jazera pada Jumaat lalu yang turut mengaitkan pegawai JPN dengan sindiket penjualan bayi di negara ini.

 

 

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Mohd Yazid Ramli berkata, JPN tidak akan berkompromi sekiranya betul pegawai JPN terbabit dalam perkara itu.

 

 

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya dakwaan tersebut didapati benar,” kata Mohd Yazid dalam satu kenyataan.

 

 

Laporan di bawah tajuk ‘Malaysian Babies For Sales’ itu turut menyebut soal pemalsuan dokumen kelahiran bayi dengan dibantu pegawai yang berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...