KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meluahkan perasaan sedihnya apabila menyifatkan ia merupakan hari paling sedih dalam hidupnya apabila melihat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran DAP Lim Kit Siang ‘bercium mulut’.
Menurutnya, sebelum ini mahathir tidak pernah berbaik dan menyukai Lim kit Siang, namun kini sebaliknya berlaku.
“Paling saya sedih puan-puan apabila bekas pemimpin kita bersekongkol dengan pembangkang. Saya berasa pelbagai perasaan yang saya lalui daripada terkejut kepada kesedihan, kemarahan dan lain-lain.
“Hari yang saya lihat mereka bercium mulut dengan Lim Kit Siang adalah hari yang paling gelap dalam hidup saya, saya malu. 22 tahun jadi pemimpin kita sayang sanjung, naik turun beliau duka beliau menjadi duka kita.
“Dia yang kata Lim Kit Siang macam itu (ini tapi) hari ini apa yang berlaku. Kalau kita baca dalam media, itu agenda nak naikkan anak dia tapi jangan terima. Jangan jadikan agenda peribadi sebagai agenda politik,” katanya dalam Perhimpunan Agung UMNO tadi.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW