Tahniah kami ucapkan kepada Julia Ziegler kerana bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2017. Malah perkara tersebut juga adalah umpama permulaan kehidupan baru buat pelakon ini.
BACA: Julia Ziegler Percaya Bakal Suami Jodoh Terbaik
“Saya pilih tarikh 1 Januari itu sebab hari Ahad, permulaan tahun baru dan permulaan hidup saya yang baru sebagai isteri. Majlis saya nanti akan diadakan secara sederhana iaitu di rumah saya sahaja di Kampung Baru. Siang nikah malam resepsi”
“Konsep garden
wedding. Majlis saya sehari itu sahaja termasuk dengan majlis pihak lelaki. Yang penting bagi saya adalah kehadiran keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan masa yang berkualiti bersama mereka. Saya mahukan kenangan bersama mereka di hari persandingan saya,” katanya kepada portal Media Hiburan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Jelas Julia sebelum ini, dia percaya bakal suaminya iaitu Johan adalah jodoh yang terbaik buat dirinya. Apa pun, semoga majlis pasangan ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Resipi Tortilla Tuna Wrap With Smoked Cheese, Idea ...

Whatsapp Kini Boleh Dijadikan Aplikasi Default U ...

Polis Beri Amaran Jual Bunga Api Denda Rm121,000 ...

Prasarana Terima Peruntukan Rm1.9b Untuk Beli 1,66 ...