KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi tindakan pembangkang yang mencipta ‘story board’ untuk menghilangkan kepercayaan terhadap pemimpin disebabkan oleh perasaan cemburu terhadap kejayaan Umno.
Menurut beliau, tindakan ini hanya untuk membentuk ‘perception terrorism’ dikalangan masyarakat.
” Mereka akan mencipta pelbagai jalan cerita untuk menghancurkan pemimpin UMNO.
“Mereka juga mencipta ‘story board’ dalam membentuk ‘perception terrorism’ sepanjang masa bagi menghilangkan kepercayaan terhadap pemimpin dan banyak institusi yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara ini,” katanya ketika berucap di perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka.
Tambah beliau lagi, hal ini dapat dilihat menerusi serangan bertubi-tubi khususnya terhadap UMNO dan pimpinannya.
“Pemimpin dan negara kita diserang bertubi-tubi dari pelbagai arah. UMNO yang selama ini berkhidmat tanpa berbelah-bahagi kepada?semua kaum di negara ini dianggap sedang berada di hujung tanduk.
“Perdana Menteri yang dipilih secara sah dan demokratik mahu dipaksa berundur kerana wujudnya segelintir pemimpin lama yang bersekongkol dengan pembangkang dan anasir asing untuk meruntuhkan negara,” ujarnya.
Justeru, beliau mengesa komponen Barisan Nasional supaya berkerja kuat agar dapat melawan anasir yang ingin meruntuhkan kerajaan.
“Kepada rakan-rakan komponen BN yang lain, marilah bersama bekerja sekuat UMNO. Ayuh, kita sama-sama berganding bahu. Ayuh kita sama-sama perkuatkan kekuda perjuangan kita bagi membolehkan kita melawan sesiapa sahaja yang cuba meruntuhkan kerajaan kita pada hari ini. -SuaraTV
VIDEO MENYUSUL
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW