loading...

Bella Dally Akui Ambil Masa Untuk Serasi Dengan Syamsul Yusof

KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Dally, 26, mengakui mengambil masa untuk serasi dengan pelakon gandingannya, Syamsul Yusof dalam filem terbaharu arahan Syafiq Yusof, Desolusi.

 

 

Memetik laporan BH, Bella berkata ia berikutan sikap kurang bercakap aktor berkenaan.

 

 

“Mula-mula agak susah sedikit untuk serasi. Saya dimaklumkan dia memang tidak banyak bercakap serta kurang bergaul dengan pelakon wanita. Jadi saya faham dan menghormati pendiriannya.

 

 

“Syamsul sendiri pun ada memberitahu saya mengenai sikap semula jadi yang sememangnya begitu. Saya biarkan saja. Hanya pada hari ketiga kami terus mendapat keserasian itu. Dalam sesebuah karya, keserasian sangat penting bagi menghidupkan sesebuah lakonan.

 

 

“Mengenai situasi lain pula, awalnya saya sedikit gementar apabila berpeluang berkongsi layar dengan seorang pelakon dan pengarah yang hebat. Pengalaman ini sangat bermakna ,” katanya.

 

 

Sementara itu, Bellla berkata, menghayati karektor sebagai Maya memberikan cabaran tersendiri apabila pada masa sama perlu membayangkan suasana yang terjadi dalam sesebuah babak.

 

 

“Banyak babak saya menggunakan teknik pengimejan berkomputer (CGI) sekali gus memerlukan saya bermain dengan imaginasi memandangkan elemen sampingan di dalam layar nanti hanya akan dicipta selepas babak dirakamkan,” ujar isteri kepada aktor Nazim Othman itu.

 

 

Desolusi turut membariskan Datuk Jalaluddin Hassan, dan Pekin Ibrahim bakal ditayangkan bermula 8 Disember ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...