KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan Laman Media yang menempatkan ruang kerja pengamal media yang bertugas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Majlis pelancaran itu turut disertai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Setiausaha Kerja parti berkenaan, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan pengurusan tertinggi organisasi media termasuk Ketua Pengarang
Laman Media yang terletak di aras dua PWTC disediakan kepada petugas media sebagai satu perkampungan dengan infrastruktur dan kemudahan elektronik bagi memudahkan mereka membuat liputan.
Kira-kira 1,200 petugas media dari 48 agensi media tempatan dan antarabangsa membuat liputan sepanjang perhimpunan tersebut yang membuka tirainya hari ini. – UTUSAN
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Wanita Misteri Tekan Loceng Pintu Rumah Tengah Mal ...

Kereta Terbakar Dipercayai Akibat Mercun ...

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran -1 ...

Prasarana Terima Peruntukan Rm1.9b Untuk Beli 1,66 ...