KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd memenangi tiga anugerah di Anugerah Grand Prix NCAP ASEAN 2016 untuk kereta kompak Iriz, sedan eksekutif Preve dan Saga baharu.
Pengeluar kereta nasional itu berkata, penyampaian anugerah itu diadakan sempena majlis ‘Hentikan Kemalangan ASEAN 2016’ di Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari, bermula Rabu.
“Proton memberi perhatian kepada aspek keselamatan pelanggan dengan serius dan berbesar hati yang usaha kami dalam bidang ini diiktiraf,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
NCAP ASEAN atau Program Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara adalah kerjasama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan NCAP Global.
Ia adalah tambahan kepada gabungan NCAP, yang bertujuan meningkatkan standard keselamatan kenderaan, meningkatkan kesedaran pengguna serta menggalakkan kenderaan lebih selamat di rantau ini. – Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW