KUALA LUMPUR – Kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-45 mendapat pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan artis tempatan.
Memetik Utusan, walaupun Yuna Zarai masih mencipta nama di AS, ternyata ramai pengikutnya di Malaysia meminta penyanyi itu pulang ke tanah air.
Menjawab setiap permintaan itu Yuna berkata dia tidak gentar dengan keputusan sebahagian rakyat AS ini.
“Saya akan pulang sebentar untuk kerja dan keluarga. Namun ingat pelajar Malaysia yang belajar di sini kena terus tinggal. Kena jadi berani seperti mereka,” jawabnya.
Dalam Tweet terbaharunya, Yuna turut berkongsi pendapat bahawa semua orang perlu bekerja keras untuk terus menyemai perasaan cinta, hormat antara satu sama lain dan hak saksama untuk setiap insan.
Trump yang mewakili Parti Republikan, memenangi Pilihan Raya Presidan AS itu hari ini mengalahkan Hillary Clinton dengan jumlah undi sebanyak 276 berbanding lawannya 218 untuk undi kawasan pilihan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW