KUALA LUMPUR – Penyanyi Alyah mendedahkan menerima kecaman daripada sebilangan penyokong Elly Mazlein gara-gara suaminya, Datuk Ramli MS selaku juri Gegar Vaganza (GV3) memberikan komen sehingga membuatkan penyanyi itu nekad menarik diri daripada program tersebut.
“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.
“Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” katanya lapor Metro.
Bagaimanapun, Alyah berkata, setakat ini dia masih boleh bersabar dan menganggap perkara itu hanyalah perkara kecil.
“Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengugut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis,”katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW