loading...

Meningkat : 300,000 Rakyat Kelantan Hidapi Masalah Mental

BACHOK – Hampir 40 peratus iaitu kira-kira 300,000 rakyat di negeri ini menghadapi masalah kesihatan mental kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir

 
Utusan melaporkan, Ahmad Razin berkata, masalah kesihatan mental di negeri ini telah menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 12 peratus pada tahun 1996 dan meningkat menjadi 39.9 peratus pada tahun lalu.

 
Katanya, statistik berkenaan tidak merujuk kepada penyakit mental tetapi masalah kesihatan mental yang berisiko untuk mendapat penyakit mental.

 
“Kebanyakkan masalah kesihatan mental ini dihadapi oleh golongan remaja yang berumur 16 hingga 24 tahun manakala dari segi jantina pula, golongan wanita lebih tinggi menghadapi masalah berkenaan.

 
“Masalah kesihatan mental ini adalah seperti masalah tidak dapat tidur malam, sentiasa merasa bimbang, susah hati dan sebagainya. Ia berbeza dengan penyakit mental,” katanya.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...