loading...

Najib Sambut Duterte

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyambut ketibaan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Bangunan Perdana Putra, di sini.

 
Duterte yang dalam rangka lawatan dua hari ke negara ini akan mengadakan perbincangan dengan Najib berhubung kerjasama bilateral antara Malaysia dan Filipina.

 
Yang turut hadir, menteri-menteri Kabinet; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

 
Sebaik sahaja Duterte tiba di pekarangan dataran itu, lagu kebangsaan Filipina dan Negaraku dimainkan oleh Kumpulan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sungai Besi.

 
Duterte selepas itu memeriksa perbarisan ke atas seramai 103 pegawai dan anggota Batalion Pertama RAMD.-BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...