loading...

Video: Saya Sokong Usaha Bebaskan Anwar 200 Peratus – Khairuddin Abu Hassan

Oleh: Saiful Izzuwan Mohammad

 

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa beliau akan memberikan usaha 200 peratus sekiranya ada usaha untuk membebaskan Ketum Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Penjara Sungai Buloh.

 

Menurut beliau, beliau akan menjadi pemimpin UMNO yang pertama yang akan menyokong untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

“Kalau tengok dalam facebook saya kata mulai hari ini sekiranya ada daya untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya adalah pemimpin UMNO yang pertama yang bakal tampil untuk sokong nak keluarkan Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh.

 

“Itu saya tidak boleh  komen kerana itu akan melanggari proses undang-undang tapi dalam perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim 200 peratus,” katanya selepas Debat Perdana, Dimana Deklarasi Rakyat tadi.

 

Kenyataan ini

dikeluarkan selepas beliau menjawab tuduhan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard bahawa beliau terlibat secara langsung dalam penghasilan buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.’

 

“Chegubard ini ini saya rasa ramai orang tak puas hati sikit dengan beliau sebab banyak buat tuduhan yang tidak berasas dalam beberapa kes terutama dalam kes saya dengan Anwar Ibrahim.

 

“Saya bukan penulis 50 dalil, saya bukan penerbit buku tersebut, itu adalah persepsi,” ujarnya.

 

Tambahnya lagi, beliau kurang bernasib baik kerana seringkali dilabelkan sebagai ‘Budak Suruhan’ Tun Dr Mahathir Mohammad.

 

Terdahulu, pada tahun 1998 beliau mendakwa telah menjunjung Al-quran dan bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam penghasilan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Jadi PM tersebut. -SuaraTV

 

 

 


Previous
Next Post »
loading...