loading...

Video: Debat Perdana, Dimana Deklarasi Rakyat? Tidak matang -Khairuddin

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Debat Perdana, Dimana Deklarasi Rakyat? adalah tidak matang.

 

Menurut beliau, pedebat yang mewakili anti Deklarasi Rakyat yang terdiri daripada   Chegubard, harris Ibrahim dan S.Arutchelvan hanya mewujudkan persoalan dan lari dari menjawab soalan.

 

“Bagi saya kurang matang mereka cakap tajuk pada hari ini percambahan pemikiran mengenai Deklrasi Rakyat.

 

“Kita tanya dalam 37 fasa dalam deklrasi rakyat, yang mana mereka tak setuju, apa yang tak betul tetapi tadi telah terbukti walau dalam satu fasa-fasa yang tidak betul untuk rakyat mereka tidak menjawab,” ujarnya ketika di temui media selepas Debat Perdana, Dimana Deklarasi Rakyat Sebentar tadi.

 

Tambah beliau lagi, pihak anti Deklarasi yang diketuai oleh Chegubard ini tidak memberikan sebarang fakta yang jelas ketika sesi debat berlangsung.

 

“Tadi

ucapan dia mereka hanya kata benda itu, benda ini. kita nak benda yang tersurat, kita nak fakta yang jelas,”ujarnya.

 

Dalam pada itu, apabila ditanya oleh media mengenai kesediaannya menyertai perdebatan kali ini, beliau berkata berlandaskan rasa tanggungjawab sebagai pemimpin akar umbi.

 

“apabila saya menjadi pemimpin akar, saya kena pegang amanah antara manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.

 

“Bila debat ini jemput saya nak terangkan ini merupakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin akar umbi khusus ketika saya masih dalam UMNO dahulu,: katanya.

 

Debat Perdana kali ini membariskan beberapa teraju utama pihak pembangkang seperti Datuk Khalid Samad, Datuk Ambiga, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Chegubard, harris Ibrahim dan S.Arutchelvan yang dianjurkan oleh
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) -SuaraTV

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...