loading...

Video: Peniaga ‘Durian Air Ludah’ Dihalau Malam Tadi

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga durian di halau oleh penduduk setempat yang berang ekoran tindakannya yang dikatakan meludah ke dalam isu durian sebelum membungkusknya untuk dijual kepada pelanggan.

 

Dalam kejadian malam tadi, sekumpulan lelaki dilihat meminta peniaga durian tersebut untuk tidak lagi berniaga di kawasa terbabit kerana tidakan yang disifatkan sebagai menjijikkan itu.

 

Melalui rakaman yang dihantar kepada SuaraTV, peniaga durian itu dilihat akur dengan perminataan tersebut segera mengemaskan semua kelengkapan perniagaannya.

 

 

Pihak polis yang berada di tempat kejadian turut dilihat mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diinggini berlaku.

 

Terdahulu rakaman peniaga tersebut yang dilihat seperti meludah ke dalam durian yang dijual kepada pelanggan tersebar di laman media sosial.

 

Ekoran kejadian tersebut, rata-rata pengguna menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan sambil menyifatkan tindakan itu sebagai menjijikkan.

 

Namun ada dikalangan pengguna yang mendakwa peniaga tersebut hanya menghembus kotoran yang terlekat pada durian tersebut.  – SuaraTV

 

 

Previous
Next Post »
loading...