loading...

Video: Kabel Haram, Binaan Menutup Longkang Punca Banjir Di KL

KUALA LUMPUR – Sambungan kabel haram yang dibina di dalam saluran longkang dan binaan yang menutup longkang punca utama berlakunya banjir di Kuala Lumpur.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Dato’ Hj Mohd Zain Hj Hassan, kabel dan binaan ini menyebabkan saliran air tersumbat dan tidak dapat menampung kapasiti air yang berlebihan ketika musim hujan.

 

“Yang pertama yang melibatkan sambungan kabel haram ini sepatutnya kita laksanakan pembersihan dengan cepat kerana kekuatan kita menggunakan mesin tapi disebabkan kabel haram ini kita tak dapat guna mesin kita dan kita terpaksa guna secara manual dan pembuangan sisa sampah menyebabkan ia tersangkut di kabel-kabel tersebut dan menyebabkan air tidak boleh mengalir dan melimpah.

 

“Yang kedua binaan yang menutup longkang atas sebab-sebab tertentu yang hanya peniaga sahaja yang tahu sebabnya.” katanya kepada media selepas sesi turun padang ke lokasi tumpuan banjir di ibu kota tadi.

 

Tambah beliau lagi, sikap warga kota yang gemar untuk membuang sampah dan sikap peniaga yang membuang sisa makanan secara terus ke dalam longkang merupakan faktor penyumbang kepada masalah ini.

 

Ekoran daripada pembinaan kabel ini, pihak Alam Flora bimbang terhadap keselamatan pekerja yang berisiko terkena kejutan elektrik.

 

“Kita takut juga, kabel itu dah lama, dan tikus dah gigit dan bercampur air, bimbang pekerja-pekerja Alam Flora terkena kejutan elektrik disebabkan oleh kabel haram ini.

 

“Kita cuba sediakan safety pekerja kita seperti sediakan sarung tangan dan kayu supaya mereka tidak menyentuh secara langsung,”ujarnya.

 

Dalam pada itu, pihak Alam Flora akan meningkatkan aktiviti pembersihan longkang di kawasan-kawasan berisiko banjir dan kawasan ‘panas’ yang berlaku masalah saliran tersumbat ini kerana bimbang longkang tersebut tidak mampu untuk menampung kapasiti air kerana longkang tersebut yang hanya mampu menampung 70 ml air sejam.

 

dalam pada itu, Alam Flora menubuhkan pasukan yang dinamakan Flora Squad untuk melakukan pemantaun dan persediaan ketika berlaku banjir. -SuaraTV.

Previous
Next Post »
loading...