loading...

Isu Calon PRK : Azmin Sedia Jumpa Hadi

SABAK BERNAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sedia untuk berjumpa dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi membincangkan isu calon dua pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan bulan depan.

 

Azmin berkata, beliau baharu sahaja mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali, bagi berbincang isu tersebut.

 

“Saya juga ada berjumpa dengan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng). Rundingan berjalan dengan positif dan masih lagi terbuka, harap ia (siapa calon bertanding) bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya memetik laporan Bernama.

 

Terdahulu, PAS telah menyerahkan enam nama calon bagi dua PRK itu kepada Dewan Ulama bagi proses saringan.

 

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandang masing-masing Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad, yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. Kedua-dua PRK akan diadakan serentak pada 18 Jun dan penamaan calon pada 5 Jun ini.

Previous
Next Post »
loading...