loading...

658 Penduduk Terima Kunci Rumah 1Razak Mansion

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kunci kepada 658 penduduk asal Perumahan Awam Razak Mansion yang dibangunkan semula dan dikenali sebagai 1Razak Mansion di Sungai Besi hari ini.

Najib berkata, pemilik-pemilik rumah 1Razak Mansion itu menikmati insentif-insentif istimewa antaranya setiap unit rumah telah mempunyai hak milik strata di bawah nama pemilik masing-masing.

“Semua unit baharu ini dengan pajakan 99 tahun berbanding unit lama dengan baki pajakan 40 tahun dan tidak mempunyai hak milik strata.

“Malah 101 unit penyewa perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah ditawarkan pada harga jualan RM42,000 seunit yang mana pada masa ini harga pasaran rumah tersebut bernilai RM350,000 ke atas,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci 1Razak Mansion di sini hari ini.

Projek pembinaan semula 1Razak Mansion bermula pada Disember 2014 dan siap sepenuhnya pada Disember 2016. – UTUSAN



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...