Biasanya pasangan suami isteri bila anak sulung dah berusia dua tahun ke atas, mulalah fikir untuk dapat anak kedua. Cuma jadi masalah apabila ramai yang risau apa penerimaan si abang atau kakak bila ada adik?
Adakah mereka akan cemburu dan mula buat macam-macam drama semata-mata nak pastikan perhatian tersebut tak beralih pada orang lain. ARTIKEL BERKAITAN [Nak Elak Abang Atau Kakak Cemburu Dengan Adik Baru, Banyakkan Peluk Dan Belai Mereka Selalu]Jika diikutkan tiada masalah pun untuk faham anak, asalkan kita tahu cara nak ambil hati mereka. Di sini ada beberapa tip boleh mama lakukan seperti untuk elak anak terus rasa cemburu dengan adik baru.
Kehadiran bayi baru mungkin mengujakan semua ahli keluarga, tetapi JANGAN LUPA mempersiapkan anak untuk penerimaan adik baru.
Reaksi anak adalah berbeza mengikut peringkat umur mereka. Untuk anak kurang 2 tahun mungkin agak kelam kabut untuk anda kerana mereka juga masih kecil dan memerlukan perhatian.
Cabaran terbesar adalah anak peringkat umur 2-5 tahun. Usia ini mereka memang sangat manja dan bergantung dengan anda. Tahap cemburu mungkin agak serius sekiranya anda tidak mempersiapkan mereka dari awal.
Bagi anak yang lebih besar, banyak libatkan mereka dalam persiapan. Beri tugasan yang lebih besar supaya mereka “rasa” lebih dewasa dan perlu bertanggungjawab.
Rasa cemburu itu pasti tetap ada. Pastikan anda meluangkan masa dan beri perhatian kepada kehendak mereka. Jangan sampai ada yang rasa terpinggir.
Ada beberapa tip ibu bapa boleh lakukan untuk pastikan anak faham kehadiran adik baru itu bukan pesaing tetapi boleh menambahkan rasa sayang.
Sumber: Public Health Malaysia