loading...

Kantoi… Netizen Anti-BN Fitnah PDRM ‘Dijajah’ China

BONGKAR… Mungkin tiada isu besar hendak dimainkan untuk hasut rakyat benci Barisan Nasional (BN), netizen antikerajaan beberapa hari lalu memfitnah pula pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malangnya tohmahan jahat netizen anti-BN itu yang tular menerusi laman sosial Facebook rupa-rupanya adalah tidak benar dan jelas berniat jahat sehingga menyerlahkan kebodohan mereka gagal memeriksa kesahihan fakta!

Justeru PDRM memandang serius dakwaan dibangkitkan menerusi satu pautan akaun tersebut dengan memuat naik gambar beberapa buah kenderaan kononnya digunakan pasukan itu, tetapi mempunyai lambang polis China.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad, menjelaskan bahawa kenderaan itu sebenarnya digunakan sebuah produksi asing yang kebetulan sedang menjalani penggambaran filem.

Cereka bertajuk The Original Sin itu mengadakan sesi rakaman di sekitar Putrajaya dan ia memang untuk tayangan di pasaran China sahaja sekali gus menafikan dakwaan netizen propembangkang konon PDRM dijajah negara itu.

Mengulas lanjut Asmawati menambah bahawa filem keluaran syarikat produksi luar negara tersebut antara lain mengisahkan mengenai kehidupan seorang pegawai polis di sebuah bandar raya rekaan yang dinamakan Han City.

“PDRM mengesan satu posting dimuat naik menerusi akaun Facebook tempatan menggunakan nama dan gambar profil seorang bekas pemimpin negara. Turut disiarkan ialah dua keping gambar kenderaan konon ia milik PDRM.

“PDRM memandang serius dakwaan dan persoalan dibangkitkan melalui pautan Facebook itu kerana ia jelas berniat serong dan cuba membangkitkan persepsi negatif terhadap agensi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baca: Fitnah Polis Bazir ‘Duit Rakyat’ Beli BMW Untuk LTdL

Sehubungan itu, Asmawati menasihati orang ramai menjadi pengguna berhemah dan berhati-hati menggunakan kemudahan media sosial serta mengelak daripada sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada berita fitnah.

Beliau berkata, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang status tanpa mendapat maklumat yang sahih kerana ia boleh membawa kepada implikasi negatif terhadap pihak tertentu.

“Jadilah pengguna berhemah, bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan mana-mana platform media sosial atau rangkaian komunikasi untuk menyebarkan perkara yang boleh membangkitkan kegusaran masyarakat pula.

“Adalah tidak wajar mana-mana pihak menyalahgunakan gambar orang kenamaan sebagai profil akaun media sosial mereka untuk promosi agenda tersendiri,” kata Asmawati dengan nada agak kesal dengan maklumat salah tular itu.

Sementara itu, fitnah oleh netizen anti-BN mendakwa konon ia berlaku di Pahang, iaitu negeri kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri ‘dijajah’ pihak polis China juga akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Abdul Rahman mengesahkan berita tentang gambar berkenaan adalah palsu kerana apa yang dimaksudkan tidak berlaku di negeri ini. “Ia melibatkan pembikinan sebuah filem di ibu negara.

“Penggambaran itu pun bukan di Kuantan, saya berharap agar masyarakat tidak mudah diperdaya dengan pelbagai tanggapan buruk sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara kita,” tegas beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Loading...

Previous
Next Post »
loading...