loading...

Teringin MIliki iPhone 8, Gadis 17 Tahun Jual Perawannya Di Bilik Hotel

Soalan ini mungkin agak kasar buat kaum hawa. Apa nilai keperawanan anda? Secangkir kopi? Sedulang permata? Sebahara emas? Atau cuma secebis maruah TETAPI tidak boleh dijual beli?

Soalan ini sengaja ditimbulkan sebagai reaksi terhadap kisah si manis 17 tahun Xiao Chen yang sanggup menjual perawannya di dalam iklan atas talian dengan harga 20,000 yuan (RM13,000).

Alasannya cuma satu, dia teringin sekali memiliki sebuah iPhone 8.

Iklannya telah menarik hati seorang video blogger (vlogger) bernama Nana. Chen tidak tahu yang Nana sebenarnya merancang untuk membuat prank sebagai pengajaran kepadanya agar tidak terlalu mudah menggadai maruah semata-mata ingin mendapatkan iPhone 8.

Mereka bertemu di sebuah tempat dan tawar-menawar pun berlaku. Nana menyamar sebagai orang tengah untuk mempertemukan Chen dengan pelanggannya.

“Semua kawan saya sudah memiliki iPhone 8, saya juga mahu tetapi wang tidak mencukupi,” ujarnya.

Selepas berbincang, Nana membawa Chen ke sebuah bilik hotel. Sejurus selepas masuk, tiga orang lelaki yang semuanya bersubahat dengan Nana berpura-pura mahu merogol Chen.

Akhirnya Nana muncul menyelamatkan Chen yang sedang dalam ketakutan. Nana memberitahu bahawa itu adalah prank sebagai pengajaran kepada Chen.

Buat para remaja khasnya gadis-gadis yang kemaruk mahu memiliki barangan mewah, jangan tiru Xiao Chen. ‘Mahkota’ itu adalah maruah yang harus dipertahankan dan bukan untuk dijual beli.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...