Sakit tekak, masalah yang nampak kecil tetapi boleh menyebabkan sesiapa yang mengalaminya rasa rimas dan payah. Lagi-lagi bagi orang bekerja yang memerlukan kepada penggunaan suara seperti cikgu dan pelatih sukan.
Pelbagai sebab boleh terjadinya masalah sakit tekak ini. Antaranya virus, jangkitan pada tongsil, tercekik tulang dan cuaca terlalu panasa sehingga tekak kering dan luka. Bila dah kena masalah ini, mulalah payah nak bercakap, suara tak keluar dan nak telan makanan pun payah.
Jadi, takkan nak biarkan ia baik sendiri?
Kalau anda pergi hospital, biasanya anda akan dapat ubat ubatan seperti ini:
Paracetamol… Efektif dan selamat. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak
Lozenges… Ubat kemam untuk tekak yang boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak
Tapi takkan nak makan gula-gula atau ‘lozenges’ sepanjang masa. Nanti sakit tekak tak hilang, tapi kena diabetes pula sebab asyik makan benda manis.
Jadi segera amalkan langkah di bawah untuk menghilangkan sakit tekak agar tidak melarat.
7 LANGKAH INI DAPAT HILANGKAN SAKIT TEKAK DENGAN SEGERA
1. KUMUR DENGAN AIR GARAM
Air garam membantu mengurangkan bengkak dan radang di membran mukus. Tindakan ini secara tak langsung membantu hilangkan sakit tekak.
Lakukan tiga kali sehari dan elak buat berlebihan kerana ia akan mengeringkan tisu lembut sekitar dalam mulut, menjadikan keadaan semakin buruk.
2. MINUM CUKA EPAL YANG DICAMPUR MADU
Kandungan asid dalam cuka ini membunuh bakteria dalam mulut. Madu pula mampu hilangkan sakit tekak dengan lebih berkesan. Campurkan sesudu cuka dan madu dalam air suam dan minum.
Tidak pun, masukkan dua sudu cuka dalam setengah cawan air suam dan kumur sekali sehari.
3. Secawan teh dengan kulit kayu manis
Anda hanya perlu bancuh secawan teh dengan sedikit gula, kemudian campurkan kulit kayu manis ke dalamnya. Mungkin rasanya agak sedikit payau tapi boleh memulihkan kembali sakit tekak, juga untuk penyakit batuk.
4. Bawang putih
Bawang putih juga dikenali sebagai kaedah semulajadi untuk melegakan sakit tekak kerana ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria semulajadi. Caranya, ambil ulas bawang putih segar, potong menjadi dua dan hisap bahagian yang berair.
Sebagai alternatif, anda juga boleh minum air bawang putih. Hanya letakkan beberapa ulas bawang putih dalam setengah cawan air dan biarkan semalaman. Minum pada waktu pagi akan datang.
5. SEDUT WAP PANAS
Wap panas membantu hilangkan sakit tekak dan melancarkan pengaliran udara dalam hidung yang tersumbat.
Kalau nak lagi berkesan, titikkan sedikit pudina atau aromaterapi untuk membantu melegakan liang pernafasan.
6. MINUM JUS BUAH DELIMA ORGANIK
Buah delima mengandungi antioksidan yang dapat melawan jangkitan dalam mulut dan tekak dan astringents, iaitu sejenis bahan yang bertindak balas dengan tisu badan.
Apabila terdapat perubahan dalam tisu badan, ia akan hilangkan sakit tekak dan mengurangkan bengkak serta kesakitan. Minum jus delima tiga kali sekali.
7. Minum air mineral
Kembali kepada fitrah manusia kembali yang memerlukan air yang mencukupi untuk keperluan badan. Perbanyakkan minum air, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas kini. Bukan sahaja dapat mengekalkan kelembapan tekak, bahkan dapat menstabilkan suhu badan anda.
Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, air suam juga digalakkan untuk minum selalu ketika mengalami sakit tekak kerana ia melegakkan dan menggalakkan penyembuhan
SEBAIK SAHAJA TEKAK MULA BERASA GATAL,
…jangan buang masa dan amalkan langkah di atas dengan segera. Ia bukan sahaja mudah tetapi juga murah kerana banyak mengguna bahan semula jadi.
Namun, sekiranya ia masih berlarutan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untuk hilangkan sakit tekak. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan jangkitan atau demam pula.
Silalah cuba!
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW