loading...

Messi Jaring Gol Ke-100 Dalam Liga Juara UEFA

BARCELONA – Bintang kelahiran Argentina, Lionel Messi menjaringkan golnya yang ke-100 dalam Liga Juara UEFA sekali gus memastikan Barcelona menang selesa 3-1 ke atas Olympiakos semalam.

Dia yang membuat penampilan ke-122 untuk liga berprestij tersebut menjaringkan golnya itu menerusi tendangan percuma pada minit ke-61. Gol tunggal kelab ternama Greece itu dijaringkan Dimitris Nikolaou pada minit ke-90.

Skuad Barca dari Sepanyol tersebut kini agak selesa mendahului kelab terkenal Itali, Juventus dalam Kumpulan D dengan memiliki kelebihan tiga mata manakala Olympiakos pula belum lagi meraih sebarang kutipan mata.

Messi muncul kedua berjaya menjaringkan 100 gol dalam kejuaraan tersebut selepas bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo pada April lalu, namun angka itu dicapai kurang 21 penampilan berbanding pemain Portugal berkenaan.

Pemain dengan jumlah jaringan gol terbanyak dalam pertandingan UEFA (tanda * masih aktif bermain)
113 gol – Cristiano Ronaldo* (151 perlawanan)
100 – Lionel Messi* (122)
76 – Raúl González (158)
70 – Filippo Inzaghi (114)
67 – Andriy Shevchenko (142)
62 – Ruud van Nistelrooy (92)
61 – Gerd Müller (69)
59 – Thierry Henry (140)
59 – Henrik Larsson (108)
56 – Zlatan Ibrahimović* (139)
54 РEus̩bio (70)
53 – Alessandro Del Piero (129)
51 – Karim Benzema* (99)
50 – Sergio Agüero* (86)
50 – Didier Drogba (102)
50 – Klaas-Jan Huntelaar* (87)

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...