KUALA LUMPUR – Salah seorang pengguna syarikat telekomunikasi, Mohd Al Iman Zakaria mendakwa tindakannya membaling telur tempoh hari bukan untuk mempromosikan keganasan sebaliknya hanya untuk memperjuangkan hak pengguna.
Mohd turut menjelaskan tindakan tersebut sebagi mewakili semua pengguna yang mungkin berdepan dengan masalah yang sama seperti dirinya.
“Saya tidak mempromosikan keganasan untuk menyelesaikan masalah. Saya hanya memperjuangkan konsumerisme / hak pengguna. Mohon jangan dijadikan rujukan untuk melakukan perkara yang sama. Anggaplah saya sudah mewakili anda semua untuk menghantar signal dan mesej yang sepatutnya ke Syarikat Telco .
“Tiada yang sempurna cuma ada banyak perkara yang perlu diperbaiki. Mereka sudah mendengar , jadi beri mereka sedikit masa perbaiki. Kita tunggu apa hasilnya dalam masa terdekat ni. Sebagai pengguna kita harus bersatu, ” ujarnya melalui akaun Facebook.
Jumaat lalu Mohd bertindak membaling beberapa biji telur di ruang lobi ibu pejabat syarikat Digi di Shah Alam.
Beliau mendakwa dicaj sejumlah bayaran atas perkhidmatan SMS yang tidak pernah dilanggannya dan sudah menghubungi pihak pengurusan untuk menghentikannya namun caj masih dikenakan.
“Hanya ini pilihan yang saya ada. Saya sudah membuat laporan melalui pelbagai saluran. Maaf semua, ini akibatknya bila kita hilang sabar dan tiada siapa peduli.
“Iklan mereka kuning merata-rata bukan? Ini saya bagi kuning telur merata-rata,” katanya dalam status tersebut.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW