loading...

Video: Himpunan Sambut Anwar Di Pulau Pinang Hambar

PULAU PINANG – Meskipun diuar-uar secara besar-besaran sejak lebih sebulan lalu, perhimpunan haram anjuran PKR di hadapan Mahkamah Tinggi di sini pagi ini gagal menarik kehadiran ribuan penyokong mereka.

 

Sehingga pukul 9.30 pagi tadi, hanya sekitar 200 penyokong menghadiri perhimpunan berkenaan sempena perbicaraan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap syarikat akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP).

 

 

Bagi memastikan perhimpunan berkenaan tidak hambar, PKR negeri turut menyediakan dua buah bas untuk membawa penyokong mereka.

 

Perhimpunan haram berkenaan turut menyaksikan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyampaikan ucapan berbaur politik.

 

Anwar yang dibawa dari Penjara Jawi, Nibong Tebal tiba di mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes menyaman sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa memfitnahnya berhubung penggubahan wang haram.

 

Anwar yang di kawal ketat polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi kira-kira jam 9.15 pagi sambil diiringi laungan ‘reformasi’ oleh penyokongnya.

 

Turut hadir, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR yang juga anaknya, Nurul Izzah; Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan barisan pemimpin kerajaan negeri lain.

 

Wan Azizah tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi dengan diiringi seorang lagi anaknya, Nurul Nuha bersama dua cucunya.

 

Keadaan di luar mahkamah terkawal dengan kawalan lebih 100 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...