Satu kumpulan memberi amaran untuk menyembur cat aerosol terhadap wanita yang berpakaian “tidak sesuai” dalam perayaan Thaipusam bulan depan.
Menamakan diri mereka “Thaipusam Spraying Group”, mereka memuat naik contoh pakaian sari yang mesti dielakkan di Facebook.
Setakat berita ini ditulis, laman sosial itu mempunyai 143 anggota. Ia diasaskan oleh individu bernama Henry Barnabas.
Dalam Facebook sendiri, Barnabas menjelaskan kumpulan itu ditubuhkan bagi mempertahankan upacara-upacara Hindu dan kebudayaan orang India.
“Mari sebarkan mesej positif melalui kumpulan ini, supaya kita boleh dapat maklumat dan hormati makna Thaipusam.
“Ramai anak mudah sekarang tidak tahu sejarah silam. Thaipusam bagi mereka hanya glamor, menari dengan (paluan gendang) urumi melam dan sebagainya.
“Mari beri kesedaran kepada generasi muda dan akan datang,” tulisnya.
Beliau juga menyalahkan wanita yang “berkelakuan seperti anak gadis”.
Malaysiakini sudah menghubung Barnabas bagi mendapatkan penjelasan lanjutnya.
Amaran kumpulan itu turut dikongsi Facebook popular lain “Unnekku 7.30 Arambam” yang mempunyai lebih 41,000 pengikut.
Ia dikongsi lebih 1,000 kali di Facebook dan rata-rata pengguna maya mengutuk ancaman itu.
“Ini salah. Daripada beli tin cat, lebih baik beli selendang pada mereka untuk tutup badan,” komen seorang pengguna maya.
Terdapat juga pihak yang mahu membuat laporan polis berkaitan berkata itu dan menganggapkan sebagai gangguan.
Ramai juga mempersoalkan kenapa acara itu tidak juga dibuat terhadap golongan lelaki yang mabuk dan memakai seluar jeans pendek berbanding pakaian tradisional.-Malaysiakini
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW