PETALING JAYA – Rata- rata pengguna di kedi runcit, pasaraya dan mini market di negeri Selangor mengakui caj 20 sen bagi penggunaan beg plastik membebankan mereka.
Tinjauan SuaraTV mendapati biarpun kebanyakan daripada mereka mahu menjaga alam sekitar namun mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan caj beg plastik di negeri itu.
Rata-ratanya daripada mereka berharap ia bukan kempen untuk mengambil kesempatan di atas kenaikan harga barang pada hari ini.
Seorang pekerja swasta, Poh Soo San ditemui berkata, dia terbeban dan merasakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik agak mahal.
“Bagi saya ia agak mahal, kerana saya sebenarnya (kalau boleh) tak mahu bayar. Memang beg plastik tak bagus kerana (ada kandungan ) kimia tapi sayamemang (berasa) (terbeban).
Seorang lagi pengguna, Muhammad berkata, kempen ini mungkin dapat memberi kesedaran kepada pengguna supaya lebih menghargai beg plastik.
Terdahulu, ramai yang tidak perasan mengenai larangan penggunaan beg plastik sehinggalah berdepan dengan penjual yang bertanya sama ada mahukan beg plastik atau tidak.
Bermula semalam, kerajaan negeri Selangor telah mengarahkan peruncitan di Selangor menampal notis larangan penggunaan beg plastik.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW