loading...

Video : Beg Plastik 20 Sen Bagus Untuk Alam Tapi Membebankan

PETALING JAYA – Rata- rata pengguna di kedi runcit, pasaraya dan mini market di sini mengakui caj 20 sen bagi penggunaan beg plastik membebankan mereka.
Tinjauan SuaraTV mendapati Pelanggan mahu bersama menjaga alam sekitar memandangkan telah menyedari keburukan beg plastik.

 

Bagaimanapun, perkara itu telah membebankan dan pengguna berharap ia bukan kempen mengambil kesempatan.

Seorang pekerja swasta, Poh Soo San ditemui berkata, dia terbeban dan merasakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik agak mahal.

 

“Bagi saya ia agak mahal, kerana saya sebenarnya (kalau boleh) tak mahu bayar. Memang beg plastik tak bagus kerana kimia tapi saya memang (terbeban).

 

Seorang lagi pengguna, Muhammad berkata, kempen ini memberi kesedaran kepada pengguna supaya lebih menghargai beg plastik.

 

Terdahulu, ramai yang tidak perasan mengenai larangan penggunaan beg plastik sehinggalah berdepan dengan penjual bila mereka bertanya sama ada mahukan beg plastik atau tidak.

 

Katanya, jika dia membeli setin minuman tidak mengapalah jika tidak menggunakan plastik tetapi jika beli makanan banyak kena jugalah beli plastik.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...