loading...

PM Israel Disiasat Polis Berhubung Rasuah

BAITULMAQDIS – Pihak polis mula menyoal siasat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di kediaman rasminya hari ini berhubung dakwaan penglibatan rasuah oleh beliau baru-baru ini.

 

Peguam Negara, Avihai Mandelblit yang bekerjasama dengan pendakwa raya dan pihak polis telah mengarahkan siasatan berkenaan.

 

Laporan itu menyebut, Mandelblit telah mengarahkan pihak polis untuk menyoal siasat Netanyahu berhubung dua kejadian namun tarikhnya belum ditetapkan.

 

Sebelum ini, stesen televisyen 2 yang membuat laporan susulan memberitahu, Netanyahu disyaki menerima `hadiah penting’ daripada ahli perniagaan tempatan dan luar negara namun tidak memberi maklumat lanjut. – Reuters



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...