loading...

Peraturan Baru Arab Saudi Elak Jemaah Haji & Umrah Ditipu – Md. Daud

KUALA LUMPUR – Peraturan baharu yang dikenakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi melindungi jemaah haji dan umrah diyakini mampu membantu para jemaah daripada terus ditipu oleh segelintir syarikat agensi pelancongan.

 

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, pihaknya bersetuju dengan peraturan tersebut kerana banyak kes me­libatkan penipuan perkhidmatan haji dan umrah berlaku ketika ini.

 

“Saya mendapati banyak kes penipuan haji dan umrah berlaku seperti tiket penerbangan tidak ada serta hotel terletak jauh, ma­lah ada pihak yang mengendalikan perkhidmatan ibadah ini tidak melalui syarikat agensi pelancongan dan hanya menggunakan nama sendiri.

 

“Sehubungan itu, dengan adanya peraturan baharu tersebut akan membantu memudahkan para jemaah, malah tindakan tegas juga akan diambil kepada pihak yang mengabaikan para jemaah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

 

Portal

Saudi Gazzete semalam melaporkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengeluarkan peraturan baharu bagi melindungi hak jemaah haji dan umrah yang bertujuan memudah­kan tugas penyeliaan dan pengawasan oleh jawatankuasa khas, selain penubuhan pusat komunikasi bagi menerima aduan jemaah haji serta umrah.

 

Menerusi peraturan baharu itu, syarikat penyedia perkhidmatan haji yang gagal memberi perkhidmatan seperti ditetapkan akan dikenakan de­nda, digantung daripada tugas selama satu musim atau lebih atau lesen ditarik balik.

 

Mengulas lanjut, Md. Daud berkata, peraturan tersebut tidak akan mengganggu operasi syarikat agensi pelancongan, khususnya kepada pihak yang bertanggungjawab dalam operasi perniagaannya.

 

“Tidak akan menjejaskan (operasi) jika syarikat agensi pelancongan itu jujur, tetapi ia mungkin menimbulkan masalah kepada syarikat yang tidak bertanggungjawab. – UTUSAN



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...