KUALA LUMPUR – “PAN menjadi ‘penyapu’ kepada imej DAP yang anti-Islam dengan pelbagai lagak dan gaya.”
Kenyataan tersebut merupakan respon Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali terhadap tindakan Parti Amanah Negara (PAN) bersungguh-sungguh membela DAP yang menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
Ujarnya, Pengarah Komunikasi PAN Khalid Abdul Samad tampil sebagai hero kepada DAP menjadi benteng kepada parti teraju Lim Kit Siang itu.
“Khalid sendiri menjadi hero yang membentengi segala macam agenda DAP termasuk dalam menentang agenda memperkasakan RUU 355,” ujarnya membidas kenyataan Khalid terhadap penyertaan PAS ke dalam program penjelasan RUU anjuran Kelab UMNO di London.
Menurut Khalid, hubungan erat PAS dan UMNO merupakan pendekatan tidak sesuai menjadi antara punca segelintir pemimpin PAS keluar parti membentuk PAN.
Jelas Khairuddin, tindakan Khalid ‘meroyan’ melihat PAS di dalam program UMNO ekoran bimbang dengan peningkatan imej PAS di mata rakyat.
Tambahnya, PAS sentiasa konsisten dalam memperjuangkan Islam dan penyertaan PAS ke dalam program berkenaan adalah bagi menjelaskan keududukan sebenar RUU355.
“Jika UMNO bersedia membantu Pas dalam usaha memperkasa RUU 355, ini menunjukkan UMNO semakin menerima kepentingan bersama dalam memperkasakan Islam.
“Itulah kejayaan dakwah Pas, Kita akan terus membina imej sebagai pejuang agama di mata ahli UMNO,” ujarnya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW