loading...

Mannequin Challenge Versi Angkasa Lepas

AKSI mannequin challenge semakin mendapat perhatian pada penghujung tahun 2016, berikutan kegilaan tersebut yang menjadi tular di serata dunia, para angkasawan di atas kapal Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS) turut tidak ketinggalan melakukannya juga lapor Hunffington Post.

 

Angkasawan Agensi Angkasa Eropah, Thomas Pesquet telah memuat naik tweet video menunjukkan beliau dan empat orang rakannya melakukan cabaran tersebut.

 

“Seluruh krew dan anak-anak kapal bersama-sama menjayakan aksi ini dan membawa #mannequinchallenge ini ke satu tahap yang baru.

 

“Hasilnya seperti sejenis filem sains fiksyen yang menyeramkan bukan?,” tulisnya di laman sosial miliknya.

 

Dalam video tersebut, kelihatan mereka yang terlibat menggunakan kaki atau tangan berpaut pada sesuatu untuk kekal pegun apabila jurukamera mengambil video.

 

Pesquet yang merupakan angkasawan warga perancis memberitahu bahawa tujuan mereka berbuat demikian untuk menghilangkan rasa bosan sewaktu hari cuti.

 

Aksi mereka ini mendapat perhatian ramai di laman Twitter dan rata-rata memuji daya kreatif para saintis ini.

 

“Sejujurnya saya tidak ambil kisah dengan Mannequin Challenge tetapi video ini sangat menakjubkan. Tahniah para saintis yang sentiasa menang di Internet,” tulis seorang pengguna twitter.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...