loading...

Mahathir dan Dinasti Mahafirauannya

1. Penswastaan sebenar bermaksud memindahkan beban kewangan kerajaan kepada pihak swasta dalam membangun projek awam supaya kos lebih efektif.

 

Namun konsep penswastaan di bawah Mahathir memindahkan kekayaan negara milik rakyat dan kerajaan kepada sekutu rapat bergelar kroni. Maka lahirlah projek Dayabumi, Menara Kembar Petronas, SIA, Bukit Bintang, IPP, KLIA dan banyak lagi.

 

Ya segelintir kemudahannya kita nikmati namun hutang berkepuk generasi ini warisi dan yang senang lenang 7 keturunan ialah kroni dan anak sendiri.

 

2. Undang undang bertujuan menjamin keamanan dan keadilan sosial. Itu sudut pandangan tokoh Jurisprudence seperti J.G Riddal. Undang undang menjamin hak yang lemah dan boleh melemahkan pihak yang kuat.

 

Namun undang undang era Mahathir yg digubal dan dilaksana adalah Draconian Law. Merampas harta rakyat melalui Akta Pengambilan Tanah. Menakutkan musuh politiknya melalui ISA dan Ordinan Dharurat.

 

Menyekat kebebasan media menerusi Akta Mesin Cetak dan mengendurkan keberanian orang yang mahu serlah keberanan fakta dengan adanya Akta Rahsia Rasmi. Mahathir kekal 22 tahun kerana adanya strategi pembendungan politik yang hanya melindunginya bukan melindungi hak dan kepentingan rakyat.

 

3.Pembangunan adalah teras kemajuan ekonomi. Kemajuan sebenar apabila modal insan digilap, economy gap dikecilkan, pendapatan rakyat ditingkatkan dan kekayaan negara tidak berligar ditangan 1% penduduk yang menguasai 99% dominasi ekonomi.

 

4. Memang benar banyak pembangunan artificial yang gah disebut mega projek dibanggakan di zaman Mahathir.

 

5. Namun ianya tidak selesaikan persoalan sebenar yang dihadapi rakyat. Biasiswa pendidikan yang dijamin dalam perlembagaan ditukar pada pinjaman mulai 1991 yang kini memufliskan lebih 300 ribu anak Melayu.

 

6. Orientasi ekonomi yang berpaksikan buruh menyebabkan dasar kemasukan imigran pekerja asing dibuat secara esar besaran mulai 1992. Kini legasinya, 4 juta buruh asing bertapak merakus hak rakyat tempatan selain gejala sosial yg menjadi jadi.

 

7. Agama bagi Mahathir ibarat candu.Beliau tidak pernah lunak pada ulama kerana baginya dia juga ulama kerana mentafsirkan makna ulama dari sudut terjemahan langsung yg bermaksud cerdik pandai. Mulai 1995 hak pelajar SAR dinafikan dengan peruntukkan per kepala bagi pelajar yang menuntut di pondok dan maahad atas alasan mereka diajar membenci pemimpin.

 

8. Tokoh agama seperti Mufti Selangor arwah Dato Baharom dipecat, Haron Din dimusuhi, agama diperlekeh dengan isu janggut nabi dan pisau cukur Gilette. Mursyid dan para murrabi dikenakan dengan tuduhan menentang dan derhaka pada pemerintah lalu diperangi maka berlakulah Tragedi Memali 1985 yang sehingga kini masih misteri siapa dalangnya.

 

Demikianlah citra seorang diktator Tuhan dan berhala baharu. Elemen yang menghalang pandangan rakyat dari memujanya perlu disingkirkan. Sifat Firauan dan diktator dianya hanya mahukan tumpuan dan ketaatan berfokus padanya.

 

Semua yang lain adalah jahat dan teruk hanya dia sahaja termulia dan terbaik itulah legasi warisan Firauan. Berhala baharu kini muncul dalam bentuk baru persis dajal menjadi ikon yang menghuru harakan masyarakat. Sedar dan mengertilah, cukup cukuplah dah lama daaaaah.

 

Anak Bendang,
Tunjang, Kubang pasu,
Kedah Darul Aman.

 

* Pandangan penulis ini tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...