KUALA LUMPUR – Seorang peniaga udang segar, di dakwa tidak akan menjual hasil jualan kepada bangsa lain selain Melayu.
Pengguna Facebook, Al Irfan Jani melalui status yang dimuatnaik baru-baru ini berkata, walaupun peniaga yang dikenali sebagai ‘Tauke M’ itu hanya mengunakan kereta sorong namun semua hasil jualannya laris kerana harga yang dikenakan sangat murah dan berpatutan.
“Ada seorang ‘Tauke M’ (Melayu, Jawa) jual udang segar dengan menjaja di sebelah bangunan pasar, pakai kereta sorong (yang jenis angkut simen). Diulangi jual sebelah pasar ya, bukan dalam pasar (tapi) biasanya lepas 2 jam buka jualan, pasti licin kereta sorongnya.
“Uniknya, dia letak udangnya dalam kereta sorong, ini kita panggil “Differentiate Or Die” dalam Marketing, sebab dia jual murah dari harga pasar sebelah. Kira, dia KILL HARGA kaw-kaw,”ujarnya memetik status tersebut.
Irfan turut menafikan tindakan ‘Tauke M’ menjual dengan harga yang murah bakal ‘membunuh’ para peniaga udang segar yang lain.
“Sebab pasar sebelah baru je nak buka, tapi dia dah bungkus balik. Pendek kata, dia buka jualan lebih awal sejam dua daripada pasar tu buka. Hebat, kan?
“Sekarang, baru kita tahu, kenapa dia meniaga di luar tapak pasar, kan? Rupa-rupanya, bila dia mula nak meniaga, pasar pun belum buka lagi.
“(Cuma) satu tabiat tauke ni yang aku pelik, dia syaratkan seorang cuma boleh beli 5kg (dan) lagi pelik, setiap kali ada orang Cina datang nak beli, dia halau, “Sori2, wa tak jual pada Cina,” ujarnya lagi.
Menurut Irfan, dia turut terkejut mendengar jawapan ‘Tauke M’ mengenai prinsipnya yang hanya menjual udang segar kepada orang Melayu.
“Apa pulak aku yang rugi? Cina kalau nak beli udang dengan aku, dia kena upah seorang Melayu beli dari aku (jadi) aku untung, ‘kaki’ Melayu itu pun untung, Cina tadi jual di pasar sebelah pun untung. 3 orang (akan) untung, itu baru 3 orang, cuba bayangkan kalau dia (peniaga Cina) nak borong, berapa ‘kaki’ Melayu yang dia kena upah? Berapa orang yang untung sekarang?
“Kalau aku jual cuma pada seorang Cina? Aku dan dia saja untung. DUA orang. Kalaulah satu hari Cina ni jumpa pembekal lain, aku jadi apa? Melangut (maka) kalau nak CEPAT kaya, untunglah sorang-sorang tapi kalau kau nak lebih dan lama kaya, kena untung ramai-ramai. Siapa ajar aku? Cina jugak.” tegasnya pula.
Irfan turut menjelaskan walaupun ‘Tauke M’ tersebut hanya merupakan seorang penjual udang segar di tepi jalan, namun prinsip dan pandangan yang diberikan benar-benar membuatkan dirinya kagum. – SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW