KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga mendakwa telah diekori satu lembaga setiap kali keluar daripada rumah.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan sebuah portal radio, video yang berdurasi hampir seminit itu memperlihatkan satu lembaga bewarna putih mengiringi wanita yang berjalan keluar daripada sebuah kawasan kejiranan yang tidak dinyatakan.
Menurut satu sumber, keluarga itu sentiasa mengadu terasa seperti diekori setiap kali keluar rumah.
Keluarga itu didakwa membuat keputusan untuk memasang kamera litar tertutup di luar kawasan rumah mereka untuk mengenalpasti punca tersebut.
Selepas itu, keluarga tersebut terkejut apabila melihat beberapa ‘footage’ daripada kamera tersebut memperlihatkan satu lembaga telah mengekori keluarga terbabit.
Bagaimanapun, pihak SuaraTV masih mendapatkan maklumat dan pengesahan daripada pengirim video tersebut.- SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW