PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan dua anak lelakinya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.
Mohd Arif, 59, dan anak-anaknya yang berusia 29 dan 34 tahun, tiba di Mahkamah Majistret di sini menaiki kereta berasingan pada pukul 9.40 pagi Khamis.
Beliau yang ditahan di kediamannya di USJ, Subang pada 8 pagi Rabu oleh SPRM, tiba di perkarangan mahkamah memakai baju lokap SPRM berwarna oren dengan menutup muka dengan baju kemeja jalur.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan KSU yang berumur 59 tahun itu bermula pada Khamis sehingga 11 Januari.
Dua orang anaknya pula ditahan pada Rabu, semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM. – mstar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW