loading...

JDT Lancar Jersi Baharu Petang Khamis

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengadakan majlis pelancaran jersi baharu musim 2017 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, pada Khamis ini.

 

Majlis bermula pada jam 5 petang itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal kelahiran Johor seperti Joe Flizzow, Statik Band dan Classmates selain penampilan istimewa Boys Of Straits.

 

Jersi rasmi JDT musim 2017 ini juga akan mula dijual di gerai Southern Tigers sebaik saja selesai acara pelancaran pada jam 9 malam.

 

Pengumuman mengenai program ini disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, iaitu Johor Southern Tigers, hari ini.

 

Sempena pelancaran itu, penyokong skuad Harimau Selatan turut dijemput bagi memeriahkan dan menyaksikan rekaan jersi terbaharu berkenaan.

 

Penyokong juga boleh menyaksikan majlis terbabit menerusi paparan skrin gergasi yang akan dipancarkan di dataran setiap daerah.

 

Menerusi Facebook itu juga turut dimaklumkan pemegang pas bermusim Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin bagi musim 2017 boleh mengambilnya pada 14 dan 15 Januari ini.

 

Kaunter khas untuk penyerahan pas berkenaan akan dibuka di perkarangan stadium bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. – BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...