loading...

Istanbul Lumpuh Akibat Salji Tebal

 

 

ISTANBUL – Ribut salji mengakibatkan kota raya Istanbul lumpuh kelmarin dengan beratus-ratus penerbangan dibatalkan, manakala Selat Bosphorus ditutup kepada kapal-kapal.

 

Salji setebal hampir 65 sentimeter turun sepanjang malam di beberapa bahagian di Istanbul dan berterusan hingga siang hari, mengakibatkan lalu lintas pada cuti hujung minggu menjadi kucar-kacir.

 

Syarikat penerbangan Turkish Airlines (THY) membatalkan sekitar 610 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk dan Lapangan Terbang Sabiha Gokcen selepas salji me­ngakibatkan jarak penglihatan terhad.

 

Pesaingnya, Pegasus membatalkan 192 penerbangan keluar ke Istanbul.

 

THY juga membatalkan 62 penerbangan yang dijadualkan semalam termasuk empat penerba­ngan antara benua dari India, Kepulauan Maldives, Vietnam dan Afrika Selatan.

 

Agensi berita Dogan melaporkan, sebanyak 76 penerbangan masuk ke Istanbul telah dilencongkan ke beberapa lapangan terbang lain, manakala hampir 6,000 penumpang ditempatkan di sejumlah hotel selepas penerbangan mereka dibatalkan.

 

Unit pengawal pantai turut mengarahkan laluan­ perkapalan kedua-dua hala di Selat Bosphorus ditutup.

 

Dalam pada itu, rangkaian tren metro di Istanbul beroperasi sepanjang malam selepas orang ramai memilih untuk menaiki kereta api berikutan jalan-jalan dilitupi salji. – AFP/Kosmo

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...