LONDON – Seorang ibu memiliki paras wajah menyerupai dua anak perempuannya sehingga menyebabkan orang ramai keliru dan menganggap mereka sebagai kembar.
Natalie Wardell berkata, dia menganggap kedua-dua anak perempuannya, Tamika, 19, dan Jazmyne, 21, seperti rakan baik dan kerap menghabiskan masa bersama-sama setiap hujung minggu.
Katanya, apabila mereka keluar bersama, orang ramai yang tidak mengenali keluarganya menyangka dia sebaya dengan anak-anaknya. Bahkan ada juga menganggap dia sebagai adik bongsu dalam kalangan mereka.
“Ada yang mengatakan Jazmyne ialah ibu saya dan kerana dia lebih tinggi daripada saya. Ramai juga menganggap kami seperti kembar tiga. Ia hanya genetik,” kata Wardell.
Wardell berpendapat, orang ramai mungkin keliru disebabkan rupa paras dan bentuk badannya yang kekal langsing. – Agensi
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW