KUALA LUMPUR – Gadis ‘miming’ yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini, mendedahkan dia ada menerima tawaran ujibakat berlakon daripada MIG Talent.
Gadis dikenali sebagai Nurul Nurizzati Mohd Raffi, 19, berkata, setakat ini dia sudah menghasilkan lebih 50 video dan menggunakan aplikasi ‘musically’ sebagai penambah untuk menghasilkan karya itu, petik Metro.
“Selepas video jadi tular, MIG Talent meminta saya datang untuk uji bakat berlakon.
“Selain itu, beberapa stesen televisyen turut mengundang menjadi pengacara, namun saya belum beri jawapan berikutan mahu fokus pada pelajaran terlebih dulu,” katanya.
Tambah Izzati, dia tidak menyangka dengan hanya membuat mimik muka sebegitu menjadi tiket untuk popular dalam sekelip mata.
Penuntut jurusan reka fesyen Kolej Vokasional (ERT) Setapak itu mengakui pandangan manusia berbeza-beza dan mengambil pendekatan tidak kisah dengan kutukan diterima.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW